Sunday 5 March 2017

Assalamualaikum w.b.t.. dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, hari ini 6 March 2017 bersamaan 7 Jamadilakhir 1438H,  masih diberikan kesempatan untuk melihat dunia ini dan dikurniakan dengan nikmat Islam dan Iman. Kami warga kerja ZAHARIN Agency masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 dan kami  mendoakan kepada semua pelanggan kami agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dilindungi oleh Allah walau di mana jua berada mahupun disamping keluarga tersayang. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang setia dan masih menyokong kami dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik sebagai perunding Takaful anda.


Pembukaan tahun baru, kami ingin mengucapkan tahniah dan syabas buat new Entreprenur ZAHARIN Agency Encik Arif, atas kejayaan lulus dalam exam TBE. Semoga beliau dipermudahkan segala urusan dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Takaful Advisor di ZAHARIN Agency.
Sesi Knowledge Transfer oleh En. Zaharin kepada En. Arif
Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan sebaiknya..amin

 
Alhamdulillah, pada 16 Januari 2017, bersamaan 17 Rabi'ulakhir 1438H berkesempatan untuk menziarahi Sahabat & Client ZAHARIN Agency. Semoga Saudara Mahadi dipermudahkan urusan & dikurniakan kesabaran kerana anak beliau terpaksa di tahan di KPJ Ampang Puteri akibat demam panas. Kita doakan agar anak Saudara Mahadi segera sembuh dan mendapat rawatan & perkhidmatan yg terbaik dari pihak hospital.
Semoga anak Encik Mahadi sembuh seperti sediakala..amin

ZAHARIN Agency ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Firdaus kerana memilih kami sebagai perunding Takaful anda. Ini adalah satu penghormatan & kepuasan kami untuk membantu klien dan ZAHARIN Agency bersedia untuk berkhidmat kpd ANDA..pada bila-bila masa dan di mana jua.
Tahniah kepada Encik Firdaus kerana bijak membuat pilihan untuk masa hadapan
 
 
Tidak dilupakan juga, terima kasih ZAHARIN Agency ucapkan kepada Encik Rashid yang merupakan seorang usahawan kerana memilih kami sebagai perunding Takaful dengan mengambil (Pelan Medical Card & Takaful Kenderaan). Kepercayaan pelanggan merupakan asas kepada kejayaan perniagaan dan kami ingin anda tahu bahawa kami sangat menghargai kesetiaan anda. In shaa Allah dengan izin-Nya kami akan berikan perkhidmatan yang terbaik kepada Encik Rashid. 

Terima Kasih kerana menjadikan ZAHARIN Agency pilihan no. satu ANDA!!! 

Akhir kalam, kami warga kerja ZAHARIN Agency sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada pelanggan kami kerana  memilih ZAHARIN Agency sebagai perunding Takaful anda. Harapan kami agar pekhidmatan Takaful kami diberkati dan dirahmati oleh Allah terutama buat pelanggan setia yang kami hargai dan sayangi. Wallahu'alam.