Thursday 31 January 2013

Maksud Maisir (judi) & dalil al-Quran


Perkataan Maisir bermaksud memperolehi sesuatu dengan mudah atau memperolehi keuntungan tanpa usaha. Islam melarang semua bentuk urusniaga di mana  keuntungan kewangan diperolehi hanya berdasarkan nasib atau spekulasi dan bukannya dengan usaha gigih untuk mendapatkannya.

Para ulama setuju bahawa hukum berjudi adalah haram dalam Islam. Hal ini didasarkan pada firman Allah SWT
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya.."
(al-Baqarah: 219)

Dalam ayat lain Allah berfirman
Maksudnya: 90. Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan kotor (keji) dan termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.
91. Dengan minuman keras dan judi itu, setan hanyalah bermaksud menimbulkan  permusuhan dan kebencian diantara kamu, dan menghalang-halangi kamu dari mengingat Allah dan melaksanakan solat, maka tidakkah kamu mahu berhenti?
(al-Maidah: 90-91)

No comments:

Post a Comment